Artikel

Kos Semakin Naik, Akta Sewa Rumah Di Malaysia – Kini Disaran Laksana Segera

Bagi memastikan hak penyewa dan pemilik kediaman dapat diseimbangkan dan dilindungi, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini digesa untuk memaklumkan garis masa berhubung Akta Penyewaan Rumah Kediaman yang bakal dilaksanakan. 

Saranan ini telah diutarakan pada sidang Parlimen ketika sesi perbahasan melibatkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia-12 (KSP RMK12) dijalankan. Buat pengetahuan umum, Mac lalu KPKT memaklumkan RUU Sewaan Kediaman akan bertindak mengawal selia hubungan pemilik kedian dan penyewa akann dibentangkan pada sidang tahun hadapan. 

Menerusi maklumat itu, RUU ini akan menyediakan penyelesaian pertikaian yang berlaku dalam sesi urusniaga sewaan kediaman dalam kalangan penduduk negara. Langkah perundangan ini bukan suatu perkara yang baharu – ini kerana selain Malaysia, ia turut telah dilaksanakan di Jerman, UK, Australia, Kanada dan New Zealand. 

Meskipun masih tidak mengetahui garis sebenar akan pelaksanaan Akta Sewa Rumah ini, pentadbiran difahamkan akan memanfaatkan Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan dan Rangka Kerja Analitis Data Raya (BDA) – di mana terdapat usul untuk wajibkan semua urusan sewa laksana laporan pada sistem tersebut dan langkah ini akan membantu negara melengkapkan lahi maklumat berhubung pasaran sewa negara.