Artikel

Kerajaan Setuju Gubal Akta Kebebasan Maklumat – Beri Rakyat Akses Lebih Luas

Seiring dengan usaha negara untuk memperkasakan tata kelola dalam sistem pentadbiran Kerajaan, menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) hari ini pentadbiran secara prinsipnya telah bersetuju untuk penggubalan Akta Kebebasan Maklumat

Aturan ini dengan mewujudkan garis panduan yang jelas untuk memberi akses kepada orang awam mendapatkan maklumat daripada badan awam dan Kerajaan. 

Selaras dengan persetujuan itu, Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) juga akan dipinda sewajarnya. Langkah tersebut menurut Jabatan Perdana Menteri pada kenyataan rasmi hari ini bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan dan galakkan penglibatan rakyat dalam proses pembentukan dasar negara. 

Selain usaha tersebut, isu ketirisan hasil negara turut dipandang serius di mana – kerajaan juga bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan bagi perkasakan lagi tata kelola perolehan negara secara perundangan sebagai tujuan tingkatkan kebertanggungjawab pihak yang terlibat dalam perolehan pentadbiran. 

Tidak hanya itu, pihak sidang turut akan mengambil maklum berkenaan 18 resolusi hasil daripada persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan 2023 yang kemukakan syor pennambahbaikan pada sudut perundangan serta berkaitan tata kelola, integriti dan anti rasuah.

Komitmen ini menurut JPM adalah senada dengan sasaran negara sepertimana yang dibentangkan pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) pada tempoh hari.