Menyedari terdapat platform media sosial menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan, pentadbiran menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini pertimbang keperluan untuk melesenkan platform Google, Meta dan TikTok.
Langkah itu secara langsung meningkatkan pulangan kepada industri media negara.
Setakat ini menurut Bernama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah laksana perbincangan dan beberapa keperluan untuk diteliti telah digariskan. Menerusi pendekatan mendaftar dan melesenkan platform sedemikian, ini akan membantu memacu lagi ekosistem industri media negara dalam menambah-nilai pendapatan mereka.
Buat masa ini, aturan tersebut masih diteliti dan akan dimaklumkan secara berperingkat kepada semua pihak sekiranya pelaksanaan tersebut mencapai kesepakatan semua pihak.