Meskipun isu buruh paksa di Malaysia didapati masih terkawal, namun negara kekal menegaskan prinsip untuk membasmi persekitaran tersebut dalam sektor ekonomi. Aturan ini selari dengan sasaran negara ke arah sifar buruh paksa menjelang 2030.
Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM), usaha menangani isu tersebut telah disokong berasaskan pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) negara yang mewujudkan peruntukan baharu melalui Seksyen 90B. Di mana melarang majikan dari mengugut, memaksa atau memperdayakan pekerja untuk laksana tugasan atau tidak benarkan pekerja pergi dari tempat kerja tersebut.
Selain itu, Pelan Tindakan Nasional Buruh Paksa (2021-2025) turut dilaksanakan bagi membantu kebajikan setiap pekerja di Malaysia terus terpelihara. Setakat ini terdapat 1,321 kertas siasatan sedang diteliti di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sejak 1 Januari 2023 lalu. Mengikut perincian isu yang tercetus melibatkan kesalahan perburuhan berkenaan pemotongan gaji yang menyalahi perundangan.
Pada tempoh itu, serama 272 majikan telah berdepan kompaun melibatkan jumlah RM2.17 juta, diikuti 128 majikan pula berdepan denda mahkamah berjumlah RM242,000.