Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya disasarkan akan lebih stabil bersama kekeparapan 3 minit pada waktu puncak mulai tahun 2024.
Matlamat Kementerian Pengangkutan (MOT) akan disokong berikutan penambahan 27 tren baharu bernilai sekitar RM1.72 bilion. Setakat sekitar 11 tren telah diterima dan baki 16 set tren lagi akan diterima secara berperingkat sehingga Disember 2024.
Buat pengetahuan umum, ketika ini kekerapan tren pada waktu puncak adalah 3.8 minit dengan sokongan 44 tren.
Menerusi penambahan tren secara berkala ini ia sekaligus dapat menampung jumlah muatan penumpang kepada 100% berbanding sebelum ini 125% yang terpaksa melihat berlakunya kesesakan ketika waktu puncak.
Mengikut prestasi itu, MOT optimis jumlah penumpang akan meningkat kepada 300,000 sehari berbanding 250,000 sehari pada permintaan semasa dan kekal komited tangani isu masalah teknikal pada setiap kemudahan secara berterusan.