Artikel

Mantan CEO KWSP, Tunku Alizakri – Kini Dilantik Selaku Pengerusi Penjana Kapital

Bermula 8 September 2023 lalu, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tunku Alizakri Alias kini telah dilantik menerajui Penjana Kapital selaku Pengerusi baharu dalam segmen industri modal teroka (VC) tersebut. 

Melalui penyertaannya, ia dilihat berupaya merangsang aliran ekonomi Malaysia dalam membantu syarikat tempatan lebih memahami keperluan pasaran. Adanya pengalan Tunku Alizakri bersama pihak pelabur dan korporat ini akan membuka lagi perluasan industri modal teroka secara berperingkat.

Buat pengetahuan umum, penubuhan Penjana Kapital yang dilaksanaka sejak Julai 2020 tersebut adalah bermatlamat memperkasakan pemulihan ekonomi negara dalam kalangan perniagaan Malaysia. Usaha ini bertujuan menyokong pendanaan dari aspek digitalisasi dan automasi yang disesuaikan bersama kepercayaan para pelabur domestik mahupun antarabangsa. 

Adanya pengalaman Tunku Alizakri lebihi 20 tahun ini akan membantu Penaja Kapital meningkatkan lagi kecekapan operasi dalan pengurusan dana, perluasan pelaburan dan sektor kewangan.