Peranan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di akui antara sistem cukai yang memiliki kecekapannya tersendiri dalam perolehan hasil negara, namun Malaysia perlu memberi tumpuan secara berterusan mengurangkan kadar subsidi ke atas golongan kaya terlebih dahulu sebelum memberi fokus kepada pengenalan semula GST.
Jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada laporan Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute 2023 semalam bersama Bloomberg – cadangan untuk melaksanakan semula GST itu perlu diteliti berdasarkan tekanan kos semasa.
Di mana pentadbiran perlu sedia dasar cukai progresif untuk melandaikan tekanan kemiskinan yang didepani rakya bukan sekadar dasar asas sahaja.
Maka, langkah tersebut perlu diteliti dalam suatu jangka masa dan tindakan konsisten mengurangkan subsidi kepada golongan kaya ini perlu diutamakan terlebih dahulu. Memahami kesukaran rakyat, PM Anwar optimis isu sedemikian dapat dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun ini sebelum pentadbiran mengalami pilihan raya seterusnya.