Artikel

Caj Rawatan Gigi Swasta Semakin Naik – Melonjak Antara 50-70%

Kesan tekanan kos semasa telah mendorong berlakunya peningkatan caj pada perkhidmatan penjagaan pergigian swasta, yang ketika ini diperhatikan mulai meningkat antara 50% sehingga 70%. 

Mengikut makluman Persatuan Pengamal Pergigian Swasta Malaysia (MPDPA), impak inflasi telah menjejaskan kos operasi pergigian swasta di mana peningkatan kos ini meliputi peralatan pergigian, kos bekalan rawatan serta perlu menampung kenaikan gaji pekerja dan sewa secara berkala. Keadaan ini sekaligus memberi kesan kepada caj ke atas pengguna. 

Maka tidak hairanlah sekiranya tekanan semasa secara terus menyebabkan paras caj perkhidmatan meningkat secara berkala, bagi memastikan operasi kekal relevan di pasaran negara. 

Bagaimanapun, pihak persatuan akui situasi ini secara langsung turut menyebabkan ramai pihak mengabaikan penjagaan kesihatan gigi. Mengikut kaji selidik Kesiahatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) didapati tahap kebergantungan penduduk Malaysia pada khidmat kesihatan awam adalah sangat tinggi, sekitar 80.7%. Hanya sebahagian kecil sahaja menggunakan khidmat pergigian swasta dan ianya terdiri dalam kalangan penduduk bandar. 

Susulan itu, sekiranya caj pergigian swasta ini terus meningkat, ia akan menyebabkan lebih ramai lagi penduduk Malaysia mengabaikan keperluan tersebut berikutan mengutamakan perbelanjaan mereka kepada keperluan lain.