Artikel

TH Khairat Bolehkan Pengguna Raih Perlindungan Takaful – Serendah RM28 Setahun 

Memahami kadar perlindungan kematian kalangan rakyat Malaysia masih rendah, Lembaga Tabung Haji (TH) kini melancarkan TH Khairat bagi meningkatkan galakkan kebajikan tersebut – dengan menawarkan perlindungan sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku isu kematian atau hilang upaya sepenuhnya ke atas pendepositnya.

Akses ini untuk makluman pengguna menawarkan langganan tahunan buat para pendeposit serendah RM28 sahaja. Di mana ia terbuka kepada semua pendeposit berusia seawal 30 hari sehingga 65 tahun dan pengguna dibawah jaminan Takaful Malaysia dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Menerusi penyertaan pelan ini, potongan RM28 dapat dilaksana secara terus daripada akaun Tabung Haji secara tahunan dan pendaftar boleh dijalankan secara mudah menerusi portal atau aplikasi THiJARI.

Menerusi sokongan ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melihat ia akan membantu pengguna Islam tingkatkan tabungan perlindungan mereka dan persediaan kewangan untuk pewaris dengan kadar yang lebih jimat.

Selain penawaran akses perlindungan pelan ini turut memberi ruang kepada sumbangan infaq. Difahamkan sekitar RM2,000 sumbangan infaq yang sebahagian daripada jumlah perlindungan TH Khairat akan disalurkan kepada organisasi kebajikan kepada pengendali takaful yang dilantik.