Untuk terus meningkatkan lagi taraf hidup dalam kalangan Bumiputera negara, Malaysia mulai Januari 2024 kelak akan melaksanakan Kongres Ekonomi Bumiputera bagi menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu yang lebih saksama dan inklusif.
Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, medium itu akan memberi tumpuan membantu Bumiputera memperkasakan kebergantungan mereka dalam pelbagai sektor ekonomi. Khususnya mengalakkan lebih ramai usahawan dan syarikat Bumiputera berskala kecil dan sederhana meluaskan cabang ekonomi mereka.
Ia sekaligus akan menyokong kelas pertengahan Bumiputera untuk beralih daripada terus bergantung kepafa gaji semata-mata kepada meluaskan perniagaan yang berupaya tingkatkan pendapatan serta tambah-nilai kepada sektor ekonomi.
Malah tumpuan lain yang ingin diutamakan, dengan membuka lebih banyak peluang pada sokongan pembiayaan ke atas perniagaan Bumiputera. Setakat ini terdapat 16 agensi Bumiputer menerima sokongan dana Kerajaan meliputi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sehingga kini sokongan pembiayaan tersebut telah mencecah RM30 bilion sejak tiga Rancangan Malaysia terdahulu.
Buat pengetahuan umum, setakat ini paras gaji penengah pekerja formal kalangan Bumiputera telah meningkat di negara untuk 3 bulan pertama 2023 kepada RM2,200 – bagaimanapun paras itu lebih rendah berbanding Cina (RM4,000) dan India (2,500). Maka perubahan drastik perlu dilaksanakan untuk menyeimbangkan lagi perolehan pendapatan Bumiputera agar setimpal dengan tekanan kos semasa.