Tidak lama lagi peraturan untuk membeli rumah mampu milik akan dihadkan kepada 1 unit pembelian sahaja buat setiap warganegara Malaysia yang layak. Di maklumkan aturan itu akan akan dikuatkuasakan kelak bagi memastikan bekalan rumah mampu milik di negara kekal mencukupi.
Aturan baharu akan dilaksanakan di bawah pangkalan data perumahan yang akan dibangunkan kelak – di mana data maklumat pemilikan akan membantu mengenalpasti bersama agensi perumahan negara. Melalui langkah ini, ia akan membantu proses pembelian rumah dengan lebih telus berasaskan tahap kelayakan pemilikan.
Tidak hanya itu, kajian menyeluruh akan turut dilakukan bagi meluaskan lagi usaha mengawal bekalan rumah mampu miliki dalam pasaran sekunder. Usaha ini menurut Kementerian Ekonomi akan menjadi pemudahcara buat semua pihak dan menjamin hak asasi pengguna negara dalam perolehan perumahan.
Secara menyeluruh sehingga akhir 2022 – sebanyak 108,373 unit rumah mampu miliki telah siap dibina dan menjangkakan sejumlah 500,000 unit tersedia menjelang akhir 2025.