Menjelang tahun 2030, rakyat Malaysia disasarkan akan ke arah status negara masyarakat tua. Sebagai persediaan akan status sedemikian, pentadbiran negara kini sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan bagi memastikan sokongan perlindungan sosial masyarakat negara kekal terpelihara.
Berdasarkan agenda itu, kerajaan juga bakal menubuhkan Pusat Geriatrik baharu untuk memastikan penawaran perkhidmatan penjagaan warga emas lebih berkualiti dapat diraih penduduk negara.
Selain itu, penelitian pada aspek perundangan juga turut akan dijalankan antaranya meliputi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 – di mana ketika ini sedang diperhalusi dan dimaklumkan pada sidang Kajian Separuh Penggal RMK12 ia akan dikuat kuasakan pada 2025 kelak.
Melalui segala usaha ini, ia adalah sebahagian langkah Malaysia menangani dan menyeimbangkan populasi pekerja di negara meskipun berdepan cabaran faktor penuaan. Adanya aturan ini ia akan menyokong negara mengekalkan momentum produktiviti tenaga kerja dalam sektor ekonomi secara berkala.