Artikel

Mulai 2024 – Cukai Keuntungan Modal Bakal Dilaksanakan, Jamin Tidak Bebankan Rakyat

Bermula tahun hadapan, satu pendekatan percukaian baharu akan diperkenalkan buat penduduk negara yang mana ketika ini jenis cukai baharu sedang digubal oleh pentadbiran negara iaitu Cukai Keuntungan Modal.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) memberi jaminan pelaksanaan cukai baharu itu tidak akan membebankan rakyat negara. Penerapan itu bertujuan meluaskan asas cukai negara di samping pelbagaikan sumber cukai Malaysia. 

Malah menerusi pengenalan cukai baharu itu, ia turut akan menambahbaik perolehan percukaian pentadbiran negara melalui penggunaan teknologi. 

Berikutan itu, jelas PM Anwar pada sidang pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK12 hari ini – penerapan cukai ini tidak akan sesekali dilaksanakan melangkaui kemampuan pihak yang terlibat. Seperti yang dimaklumkan pada pembentangan belanjawan sebelum ini, cukai tersebut hanyaakan dikenakan pada kadar yang rendah ke atas saham tidak tersenarai sahaja.

Malaysia optimis melalui pendekatan ini iaitu menjalankan perolehan hasil berasaskan prinsip pemerataan ekonomi yang lebih adil, ini akan meningkatkan lagi tahap displin penduduk dalam tanggunjawab percukaian.