Artikel

Kerajaan Umum Sedia Dana RM60 Juta – Beri PMKS Peluang Kedua Pacu Semula Perniagaan

Memahami masih ramai pemain perniagaan negara tidak pulih sepenuhnya kesan pandemik COVD-19 sebelum ini, kerajaan kini bertindak akan menyediakan sejumlah RM60 juta Dana Pembiayaan Peluang Kedua buat kumpulan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara. 

Usaha ini menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah tindak balas pentadbiran untuk menyokong peniaga mikro bangkit semula dan bantu memperkasakan kembali sektor ekonomi Malaysia. 

Mengikut perkongsian data pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada hari ini, didapati sekitar 79% peniaga miikro daripada jumlah keseluruhan terjejas dalam arena ekonomi, di mana sekitar 7.25 juta guna tenaga PMKS tersebut telah terkesan susulan impak pandemik COVID-19 sebelum ini.