Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini secara rasminya membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 pada sidang Dewan Rakyat.
Untuk makluman umum RMK12 telahpun mula dibentangkan pada September 2021 bersama peruntukan RM400 bilion, berdasarkan perincian pentadbiran negara menyasarkan untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun 2023 sehingga 2025.
Tambahan bagi memperkasakan lagi dana pembangunan negara, kerajaan memaklumkan akan menambah siling sebanyak RM15 bilion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk menambah keperluan membiayai bidang keutamaan rakyat.
Setakat ini, untuk 6 bulan pertama 2023 – Malaysia berjaya meraih 4.2% peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), diikuti pertumbuhan produktiviti negara melonjak 3.7% bagi tempoh 2021-2022 dan negara berjaya menurunkan kadar inflasi kepada 2% pada Julai 2023 lalu menjadikan rekod itu sebagai paras inflasi paling terendah dalam tahun 2023.
Pada pembentangan RMK12 kali ini, PM Anwar turut berkongsikan terdapat beberapa penegasan utama sedang dilaksanakan bagi memacu ekonomi negara, antaranyal;
- Melonjakkan Pertumbuhan Ekonomi – antaranya sasaran 5% pertumbuhan setahun
- Mempercepatkan Reformasi Struktur Ekonomi – tidak sekadar sokongan digital turut meliputi pemerkasaan dalam R&D dan inovasi sosial
- Memacu Daya Saing Sektor & Industri Strategik – mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia selaku hab halal antarabangsa serta tambah baik nilai perkhidmatan di peringkat global merangkumi seluruh perniagaan Malaysia
- Mempertingkatkan Potensi Ekonomi Wilayah – mengutamakan sumbangan ekonomi mengikut kebijakan perindustrian berlandaskan faktor geografi, perkukuhkan ekonomi rentas sempadan serta kurangkan nisbah jurang pendapatan antara desa dan bandar
- Merapatkan Jurang Ketidaksamarataan – sediakan inisiatif bantu golongan bersasar tingkatkan pendapatan serta tambahbaik sistem perlindungan sosial dan bakal laksana pendekatan baharu buat ekonomi Bumiputera
Berita selanjutnya akan menyusul~