Cradle Fund, penyedia medium dana syarikat startup negara di peringkat awal kini meluaskan kerjasama mereka dengan Bursa Malaysia – bagi memperkasakan peluang pembiayaan dan mengenalpasti potensi syarikat negara dalam tindakan penyenaraian di papan pelaburan Malaysia.
Buat pengetahuan umum, usaha di bawah sebahagian program Fund Funnel iaitu inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini bertujuan untuk membantu startup negara meraih akses yang lebih luas dalam pembiayaan. Tidak hanya diperingkat awal tetapi sehingga ke peringkat tawaran awam permulaan (IPO).
Adanya aturan itu, ia secara langsung membantu startup negara membentuk strategi perniagaan di samping melandaikan jurang pembiayaan dalam ekosistem negara. Langkah ini akan memudahkan startup tempatan lebih jelas akan penawaran dana di bawah agensi kerajaan terlibat.
Cardle memaklumkan, untuk merealisasikan akses tersebut pihaknya akan berperanan melampirkan maklumat berhubung ekosistem startup negara. Melalui tindakan itu, ia akan membantu Bursa Malaysia lebih memahami akan potensi startup tempatan pada langkah penyenaraian.