Artikel

KWSP Beli Kepentingan TNB Bernilai RM98 Juta

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWPS) kini meraih 0.17% pengangan dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada nilai RM98 juta.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, tindakan itu telah dilaksanakan pada awal minggu merangkumi 10 juta saham TNB. Ia termasuklah pertambahan pengambilalihan 465,000 saham (0.01%) pegangan lagi dilakukan pada tempoh yang sama sekaligus menjadikan pegangan KWSP dalam operasi utiliti nasional ini meningkat kepada 15.63% kepada 904.38 juta. 

Pada masa yang sama turut dimaklumkan Khazanah Nasional pada tempoh tersebut menjual satu blok 10 juta saham TNB. Lankgah itu secara terus memaparkan kepentingan Khazanah dalam TNB menurun kepada 23.49% iaitu 1.36 bilion saham.