Artikel

Kerajaan Hadkan Setiap Pengguna Untuk Membeli Maksimum 100kg Beras Putih Tempatan

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kini mengumumkan penetapan yang mana setiap pengguna hanya dibenarkan membeli maksimum 100 kilogram beras putih tempatan – berkuat-kuasa serta-merta.

Dengan langkah ini, setiap orang hanya boleh beli 10 kampit beras putih tempatan sahaja. Ia sekaligus mengelak kes-kes sebelum ini, dimana terdapat peniaga yang membeli sehingga 700 kilogram beras putih dalam satu-satu masa.

Penetapan baharu ini dilakukan dibawah Peraturan 10(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996. Langkah ini dijangka akan sedikit membantu dalam mengatasi gangguan bekalan beras di pasaran.