Hasil sidang perbincangan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kini dikekalkan pada paras 3.00%.
Pelarasan ini dilaksanakan setelah mengambilkira faktor pertumbuhan negara – yang diperhatikan lebih menyederhana. Di mana aliran eksport diperhatikan sedikit rendah kesan permintaan luar yang perlahan. Bagaimanapun pertumbuhan domestik negara kekal disasar berdaya saing susulan aliran perbelanjaan pengguna kekal disokong atas faktor pemulihan ekonomi negara.
Susulan keadaan itu, BNM menjangkakan inflasi keseluruhan dan inflasi teras terus mereda berikutan keadaan kos yang lebih sederhana. Trend menurun ini dijangka berterusan pada separuh kedua tahun 2023, mencerminkan sebahagiannya asas yang lebih tinggi daripada separuh kedua tahun 2022 dan momentum kenaikan harga akan terus mereda.
Setakat Ogos lalu, inflasi Malaysia menurun kepada 2.0%, menjadikan ia terendah bagi data 2023 dan seterusnya lebih rendah berbadnign negara lain seperti Filipina (4.7%), Indonesia (3.1%), Vietnam (2.1%), Zon Euro (5.3%), AS (3.2%) dan Republik Korea (2.3%).