Artikel

Taman Tema Upin Ipin Dijangka Menelan Belanja RM700 Juta – Dibuka Seawal 2026

Upin dan Ipin merupakan salah satu siri animasi yang popular, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia. IP Upin dan Ipin sedia diperluaskan untuk beberapa produk lain, dan terbaru, pihak Les Copaque berkongsi mengatakan sedang melihat untuk membangunkan taman tema dengan tema animasi tersebut.

Untuk makluman, perancangan ini sedia dikongsikan beberapa tahun sebelum ini, dan selepas pencarian lokasi, kini mereka menemui ruangan di Alor Gajah seluas 40 hektar, berdepan dengan A Famosa Resort Melaka. Pihak Les Copaque dijangka bekerjasama dengan MCorp (Melaka Corporation) dalam membangunkan taman tema tersebut.

Mengikut perkongsian pihak Les Copaque, ia dijangka menelan belanja sekitar RM700 juta, dan projek berkenaan berkemungkinan dimulakan pada penghujung tahun 2023 ini. Sekiranya semua berjalan lancar, ia mungkin dibuka secara berperingkat sekitar 2026 sehingga 2027.