Sarawak kini dalam perbincangan untuk mengeksport tenaga lestari ke Singapura, melalui sebuah kabel bawah tanah yang akan menghubungkan kedua-dua lokasi tersebut. Perkara ini dikongsikan oleh Abang Johari, mengatakan Sarawak berbincang berkenaan dengannya bersama Brunei dan Singapura.
Singapura sendiri menyasarkan untuk menjadi lebih mesra alam dengan mendapatkan tenaga lestari dalam menjana pelbagai perkara. Negara tersebut menyasarkan untuk mengimport tenaga rendah karbon sehingga 4GW menjelang 2025.
Dengan mengimport tenaga ini, ia dijangka akan membolehkan Sarawak menjana lebih pendapatan. Sarawak sendiri telah mula melihat kepada tenaga hijau atau tenaga lestari, serta mula mengurangkan penggunaan arang batu untuk menjana tenaga di negeri tersebut.