Artikel

Bank Islam Perkenal Kad Debit-i Be U – Bolehkan Pengguna Urus, Bekukan Kad Pada Aplikasi

Setelah melancarkan Be U, bank digital rasmi Bank Islam Malaysia pada Jun 2022 lalu – kini pihaknya menggandakan lagi usaha pendigitalan kewangan melalui pengenalan kad Debit-i Be U oleh Bank Islam Visa. 

Pengenalan ini secara langsung membuka lebih banyak akses pengguna dalam aliran perbelanjaan semasa, di mana selain kemudahan transaksi yang pantas ia juga tersedia di lebih 100 juta lokasi perdagang Visa bersama sokongan tanpa sentuhan. 

Malah lebih menarik, pemegang kad juga boleh mengurus dan menetapkan kawalan kad mereka dengan mudah melalui aplikasi Be U. la termasuk membekukan dan membenarkan semula penggunaan kad, menukar PIN serta menentukan tetapan keselamatan dan had mengikut pilihan pengguna. 

Maka melalui pelancaran ini Bank Islam menampilkan 5 rekabentuk menarik sebagai pilihan, sekali gus menyerlahkan keperibadian pengguna. Permohonan kad dimaklumkan boleh dilaksana secara mudah menerusi aplikasi Be U. la kemudiannya akan dihantar ke rumah pelanggan dalam hanya beberapa hari bekerja selepas permohonan diterima.