Artikel

JPN : Sekitar 8,000 MyKad Didapati Hilang Setiap Tahun – Sejak 2018 

Sejak lima tahun lalu, didapati 8,000 kes kehilangan kad pengenalan diri (MyKad) telah direkodkan di seluruh negara pada setiap tahun. Data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini memperincikan masih terdapat pelbagai pihak tidak peka akan kepentingan kad identiti ini.

Meskipun jumlah itu mewakili hanya 4% daripada 200,000 pendaftaran MyKad untuk setahun – namun mengikut laporan JPN bersama Bernama keadaan itu kekal membimbangkan.

Antara faktor yang mengundang pada kehilangan ini adalah disebabkan kesalahan individu susulan leka ketika aktiviti percutian, serta masih ramai rakyat negara yang lupa akan keberadaan simpanan MyKad mereka.

Buat pengetahuan umum kehilangan kad pengenalan diri ini berupaya membawa denda sehingga RM1,000 kepada pengguna. Maka untuk mengelakkan situasi itu berlaku, rakyat Malaysia diseru untuk kekal peka dan utamakan kad identiti anda tanpa mengira waktu. Ini kerana kesan kealpaan diri berpotensi menyebabkan pihak tidak bertanggunjawab menyalahgunakan identiti diri anda untuk kegiatan jenayah.