Arena ekonomi Malaysia dilihat semakin memulih berikutan permintaan dalam perbelanjaan semasa mulai meningkat. Memahami keperluan itu, terdapat 3 sektor melibatkan kedai gunting rambut, emas dan tekstil melaksanakan permohonan untuk membawa masuk kumpulan pekerja asing, bagi perkukuhkan kapasiti tenaga operasi mereka.
Berdasarkan pemulihan sektor ekonomi negara, didapati kini terdapat 30,000 jumlah permintaan pekerja asing dalam sektor tersebut.
Namun menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) jumlah sebenar pengambilan pekerja asing itu hanya akan ditamatkan pada 8 September ini setelah meraih persetujuan hasil sidang Jemaah Menteri kelak.
Penelitian tersebut akan didasari berasaskan keperluan dan skala operasi perniagaan yang terlibat. Langkah ini bagi memastikan tiada isu penindasan serta penyalahgunaan kuasa akan berlaku dan memastikan kebajikan pekerja terlibat kekal dipelihara.
Buat pengetahuan umum, sejak 2009 lagi, ketiga subsektor ini tidak dibenarkan menggaji pekerja asing pada operasi mereka, namun beberapa kelonggaran telah diberi ke atas kumpulan operasi tertentu.
Maka menerusi kemasukan baharu ini, KSM menjelaskan tindakan itu dapat mengimbangi produktiviti sektor ekonomi negara dan jumlah kemasukan itu akan diketahui pada Jumaat ini.