Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, tren Transi Aliran Massa (MRT) laluan Kajang bakal memperkenalkan Koc Wanita buat kemudahan para penumpang wanita.
Dijangkakan bermula bulan ini, kemudahan tersebut dapat dilaksanakan kepada para pengguna negara. Inisiatif ini mengikut Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum ini adalah usaha sama yang turut diselaraskan ke atas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Bagaimanapun, setakat ini menurut kenyataan MyRapid, proses pemasangan pelekat dan pengujian operasi koc kini sedang dijalankan secara berperingkat. Pihak mereka akui terdapat cabaran perlu didepani antaranya penempatan 1 koc susulan MRT memiliki 4 koc lebih sedikit berbanding KTMB yang memiliki 6 koc.
Akan tetapi pihak pengangkutan telah menyesuaikan kemudahan ini mengikut kepadatan penumpang pada stesen tertentu. Aturan itu untuk memastikan aliran keluar masuk pengguna kekal lancar.
Pelanggan yang dihormati, kerja-kerja pemasangan pelekat & pengujian operasi koc wanita di MRT Laluan Kajang sedang dijalankan secara berperingkat.
Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut. #RapidKL @MRTMalaysia @APADchannel pic.twitter.com/YIFbXn0sPH
— MyRapid 03-78852585 (@myrapidkl) September 6, 2023