Artikel

KKM Sasar Sistem Kesihatan Malaysia Ke Arah Digital Sepenuhnya – Menjelang 2030 

Bagi memastikan perkhidmatan kesihatan negara terus kekal di tahap terbaik, Kementerian Kesihatan meletakkan sasaran untuk mendigitalkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh menjelang tahun 2030 kelak.

Tindakan ini yang dikongsikan pada sidang Hospital Management Asia 2023 – akan merangkumi perubahan dalam akses teleperubatan, rekod kesihatan elektronik dan analisis data berhubung penjagaan kesihatan. Usaha itu akan diutamakan tidak sekadar di kemudahan hospital sahaja tetapi turut melibatkan semua fasiliti KKM. Langkah itu secara terus dapat memberi penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna awam.

Adanya usaha mengintegrasikan sistem kesihatan bersama sokongan digital ini, ia akan membantu negara meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan di seluruh peringkat.