Artikel

MOF : Pencen Pesara Jamin Kekal Diteruskan, Bakal Tambah-Baik Secara Berkala

Walaupun pentadbiran ketika ini berdepan tanggungan perbelanjaan mengurus yang tinggi, namun kerajaan kekalkan komitmen mereka untuk meneruskan pemberian pencen pesara kepada penjawat awam negara. 

Jaminan Kementerian Kewangan (MOF) ini adalah selaras dengan agenda negara yang kini sedang menambahbaik tahap penggajian penjawat awam di Malaysia. Ketika ini kajian menyeluruh melibatkan gaji penjawat awam dan skim pencen sedang diperincikan. 

Setakat ini negara menerima anggaran 32,000 pesara baharu pada setiap tahun dan sejumlah RM31 bilion dibelanjakan negara untuk terus menampung pembayaran pencen kepada kepih 900,000 pesara di Malaysia ini. 

Berdasarkan jumlah itu, seramai 768,947 pesara adalah penerima pencen terbitan di bawah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Menerusi aturan itu, MOF memaklumkan sewajarnya KWAP dapat mengoptimumkan pelaburan – setakat ini dasar kasar tersebut telah dilaburkan di dalam negara sebanyak 80% dan 20% melibatkan pelaburan antarabangsa.