Sekiranya sebelum ini terdapat laporan memaklumkan Malaysia Airlines memberi pilihan kepada pengguna berhubung isu khidmat makanan, operasi penerbangan tempatan itu kini menjelaskan pihaknya kekal menawarkan penyediaan makanan buat para pengguna.
Namun perkhidmatan tersebut alami sedikit perubahan susulan isu katering yang didepani oleh Malaysia Airlines ketika ini.
Pada penjelasan itu, para penumpang bagi penerbangan dalam negeri kekal ditawarkan makanan prabungkusan pada perkhidmatan penerbangan, manaka penumpang untuk laluan antarabangsa perlu merujuk kepada pihak pengurusan berikutan penawaran makanan ini adalah terpilih di laluan tertentu sahaja.
Sementara pesanan makanan khas seperti permintaan khusus (Chef on Call) pula dimaklumkan akan diangguhkan buat masa ini susulan perkhidmatan tersebut melibatkan proses perolehan makanan yang terhad, menjadikan penawaran tersebut tidak ditawarkan pada masa ini.
Maka menerusi penjelasan ini, diharap semua pihak dan penumpang tidak terkeliru akan pemaparan laporan sebelum ini. Susulan itu sebarang perincian lanjut, semua pihak boleh merujuk kepada pautan pertanyaan bersama Malaysia Airlines.