Artikel

30% Pekerja Malaysia Didapati Tidak Dilindungi – Zurich Perkasa Akses Bantu Pengguna Pelihara Masa Depan 

Menyedari sekitar 30% pekerja negara masih tidak dilindungi dengan sebarang akses insurans mahupun takaful, Zurich Malaysia kini tampil dengan kempen baharu mereka – menggalakkan seluruh penduduk negara untuk membina masa depan yang lebih terjamin di bawah kempen Lindungi Perkara Segala Yang Bermakna.

Pelancaran agenda yang bermula September ini akan melibatkan pelbagai penawaran perlindungan berkaitan kesihatan, keluarga, kenderaan, simpanan serta pelaburan, kediaman dan perniagaan buat penduduk Malaysia.

Usaha secara menyeluruh itu sekaligus tuut akan membantu rakyat mencorak semula aturan perbelanjaan kewangan mereka di samping meningkatkan tanggungjawab kepada insan tersayang.

Berdasarkan tinjauan Zurich Malaysia sebelum ini, ramai kumpulan pekerja muda di negara yang berusia 25 tahun-40 tahun beranggapan perlindungan yang disediakan majikan (21%) telah mencukupi dan sekitar 14% menyatakan pelan perlindungan insurans dan takaful bukanlah suatu keperluan buat mereka.

Data ini turut memperincikan sekitar 22% rakyat negara masih alami kekurangan pengetahuan akan kepentingan perlindungan ini, diikuti 18% pula tidak memahami setepatnya akan keperluan manfaat tersebut, sementara 9% pula miliki tanggapan yang tidak betul tentang insurans dan takaful.