Artikel

Pos Malaysia Capai 96% Prestasi Penghantaran Dijamin – Sasar Pacu Khidmat Kurier

Kepesatan ekonomi digital impak pertumbuhan e-dagang yang membrangsangkan kini secara langsung telah merancakkan lagi pertumbuhan pasaran kurier di Malaysia. Impak yang positif itu dapat diperlihat apabila Pos Malaysia berjaya mencapai 96% prestasi penghantaran dijamin dalam perkhidmatan setakat 2022 di pasaran negara.

Prestasi ini untuk makluman telah melebihi paras purata industri yang ditetapkan sekitar 78% di bawah tinjauan Kajian Cabaran Kurier MCMC. Tidak hanya itu kadar kebolehpercayaan ke atas perkhidmatan Pos Malaysia juga turut mencapai 91%, melebihi angka purata industri sebanyak 83%. 

Meskipun akui persaingan kurier terus memuncak dengan kehadiran pelbagai pemain industri baharu tetapi hasil komitmen Pos Malaysia menambahbaik kualiti perkhidmatan mereka – terus menjadi faktor utama kesetiaan dalam kalangan pengguna.

Sehingga Jun 2023 ini, Pos Malaysia terus mengekalkan kadar prestasinya di paras lebihi 90% dalam peranan penghantaran bungkusan serta penghantaran mel. 

Buat pengetahuan umum, setakat ini Pos Malaysia telah laksana penghantaran ke lebih 11 juta alamat di seluruh Malaysia bersama sokongan lebih 15,000 petugas, 633 pejabat pos dan akses tersedia di lebih 3,800 pusat runcit. 

Usaha selanjutnya, Pos Malaysia berhasrat memastikan kadar kitar semula sisa operasinya dapat dilaksana sebanyak 50%, 80% bahan kitar semula atau bahan boleh diperbaharui untuk semua pembungkusan dan 50% latihan akan dijalankan secara digital. 

Diikuti merancang 28% daripada kenderaan perkhidmatannya menggunakan tenaga elektrik menjelang 2025 dan sepenuhnya 100% menjelang 2030.

Data Trafik Pos bagi Suku Pertama 2023, MCMC