Artikel

Sekitar 1 Juta Penjaja Kecil Di Malaysia – Masih Tidak Berdaftar Dengan SSM

Bagi memastikan langkah pengumpulan data untuk melaksanakan pengagihan subsidi bersasar dapat dilaksanakan dengan lebih meluas – semua golongan yang berkaitan perlulah menepati kriteria yang telah ditetapkan pentadbiran negara, ini termasuklah kalangan peniaga.

Akan tetapi sekitar 1 juta penjaja kecil ketika ini masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – untuk memudahkan mereka meraih akses faedah yang disediakan oleh sektor ekonomi negara. 

Maka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini mengesa akan pemain industri mikro tersebut untuk mendaftar bersama SSM dan tidak perlu khuatir akan bebanan cukai. 

Jelas KPDN, tanggungjawab bayaran cukai hanya terpakai buat peniaga yang telah mencapai tahap perolehan pendapatan tertentu sahaja. Jadi sekiranya terdapat kumpulan peniaga masih tidak mencapai perolehan ditetapkan, tidak perlu risau akan tanggungjawab tersebut hanya sekadar menyediakan laporan tahunan sahaja. 

Susulan itu penjaja boleh mendaftar peniagaan mereka secara percuma bersama SSM dan langkah yang diperlukan adalah menyediakan dokumen yang lengkap bagi memastikan kumpulan ini meraih manfaat subsidi bersasar di bawah kerajaan. Antara yang diusahakan kini oleh KPDN adalah pengaturan pemberian minyak bersubsidi mulai tahun 2024 kelak. 

Berdasarkan aturan pelan subsidi itu, dijangka sekitar 5.8 juta isi rumah layak menerima akses tersebut.