Bagi memastikan sektor ekonomi negara terus menghasilkan bakap berkemahiran tinggi baharu, seiring dengan permintaan pasaran semasa – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini dalam usaha perluakan Program Serap Industri (IIP) melibatkan universiti dan sektro lain untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Program ini akan mengfokuskan kepada pembelajaran di peringkat universiti selama 3 tahun, selanjutnya diberi pendedahan industri selama 1 tahun. Ini secara langsung akan membuka peluang kepada graduan untuk lebih memahami skop tugasan industri dan berpotensi meraih pendapatan setimpal dengan kelayakan mereka.
Setakat ini difahamkan pendekatan IIP telah dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada pembangunan bakat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) bersama pemain indsutri Oppstar Bhd selaku syarikat perintis berkaitan program inkubasi reka bentuk litar bersepadu di universiti.
Susulan pelaksanaan itu, USM akan mengetuai platform latihan industri dalam bidang E&E, yang dijangka melibatkan sekitar 4,000 pelajar dari semua universiti awam dan swasta setiap tahun.
Usaha ini secara langsung akan menampung keperluan sektor E&E di pasaran negara, yang ketika ini memerlukan sekurangnya 6,500 jurutera mahir bagi mengimbangi perkembangan industri dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Berdasarkan kesepakatan ini, terdapat beberapa pemain industri lain turut terlibat pada sokongan program IIP ini merangkumi Skyechip, National Instruments, Advantest, Efinix, StarFive dan Infineon. Di mana pada penyerapan industri ini, pelajar akan menerika elaun sehingga RM2,000 ketika laksana projek tahun akhir di bawah program tersebut.