Artikel

Harga Rumah Di Pulau Pinang Naik 5.78% – Lonjakan Kedua Tertinggi Di Asia Tenggara

Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2023, menunjukkan harga rumah di Pulau Pinang telah alami peningkatan stabil 5.78% – ini secara terus menjadikan kos kenaikkan rumah tersebut kedua tertinggi bagi bandaraya di Asia Tenggara

Susulan Singapura memaparkan kenaikan ketara kos kediaman sebanyak 7.97%, diikuti Penang dan seterusnya Bangkok dengan kenaikkan kos 4.36%.

Tinjauan di bawah Knight Frank Asia Pasifik menerusi Indeks Kajian Kediaman Asia Pasifik Separuh Pertama 2023 ini disokong oleh rancangan pentadbiran negeri dalam memajukan rangkaian jalan raya dan pembangunan pengangkutan awam. Keadaan itu telah menyumbang kepada akses pasaran pekerjaan yang lebih baik di Pulau Pinang. 

Meskipun alami kenaikan harga, dijangka kestabilan kos kediaman terus dapat dicapai di Pulau Pinang setelah usaha kemajuan kemudahan awam negeri diperkukuhkan di masa hadapan, diimbangi dengan pengukuhan ringgit dan pelarasan kadar faedah yang baik.

Selain Pulau Pinang, data turut dapati kos kediaman di Kuala Lumpur turut alami kenaikan sebanyak 0.34% dalam tempoh 6 bulan pertama 2023.