Artikel

Decathlon Ingin Seluruh Permis Di Malaysia, Guna 100% Tenaga Lestari – Menjelang 2026

Senada dengan matlamat Malaysia, untuk mencapai pelepasan sifar bersih global pada 2050 – Decathlon negara kini telah mengerakkan usaha tersebut melalui pemasangan sistem solar photovoltaic (PV) di bumbung pada sebuah gedung terbesar mereka di Decathlon Shah Alam. 

Langkah permulaan itu secara terus akan membantu cawangan di Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 38% setahun di gedung mereka. Menurut pihaknya usaha ini akan dilanjutkan ke seluruh premis di negara dengan dilengkapi panel solar atas bumbung. 

Menerusi komitmen ini, Decathlon Malaysia menyasarkan seluruh premisnya akan mencapai 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2026. 

Inisiatif ini akan disokong bersama kerjasama pakar tenaga bersih Solarvest Holdings Berhad – mengikut langkah kelestarian tersebut, Decathlon juga turut dalam usaha menerapkan penjimatan tenaga. Antaranya telah memasang lampu LED yang boleh dikawal di Decathlon Gurney Paragon.

Melalui usaha itu ia tidak sekadar memgawal ketetapan pemasangan lampu tetapi turut laksana penjimatan tenaga sebanyak 28% pada tujuan pencahayaan di premis. 

Selain usaha hijau itu, Decathlon turut merancang meluaskan sokongan infrastruktur stesen pengecasan EV buat kenderaan elektrik di Malaysia. Ia tidak membantu perluasan akses tetapi turu mengalakkkan lagi pemacuan EV di pasaran negara. 

Selanjutnya kelak Decathlon akan melancarkan perkhidmatan baharu iaitu baik pulih produk asal dengan menghasilkan ia sebagai produk baharu. Setakat ini difahamkan lebih 1000 item telah dibaik pulih sejak awal 2023 dan daripada jumlah itu – sekitar 759 item telahpun dijual semula menerusi inisiatif baharu ini. 

Adanya aturan ini, sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk di bawah Decathlon kepada pengguna, lebih lestari dan berpatutan.Ini secara langsung menyumbang kpada ekonomi tempatan yang lebih hijau disamping mengurang pelepasan CO2.