Artikel

OPR Berpotensi Kekal Paras 3.00%

Umum ketahui, pada awal September ini Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan memaklumkan paras OPR baharu – menanti perkembangan tersebut, terdapat jangkaan paras OPR ini akan kekal 3.00% sehingga 2024. 

Sasaran itu menurut pengamatan penganalisis pasaran ekonomi Bank Muamalat Malaysia, ia didorong penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang semakin mengecil kepada 2.0% pada Julai lalu, tambahan pertumbuhan negara yang sedikit perlahan dengan perkembangan 2.9% memungkinkan keperluan penangguhan kenaikan OPR di Malaysia wajar dilaksanakan. 

Berlandaskan prestasi ringgit pula, dijangka keadaan tersebut berupaya kekal berikutan prospek dolar AS yang diramal terus menyusut dalam beberapa bulan mendatang. Makak adalah penting untuk BNM mengekalkan paras sedemikian bagi mengimbangi kadar pertumbuhan semasa.

Setakat Julai lalu OPR masih dikekalkan paras 3.00%, diimbangi hasil permintaan dalam negeri yang kekal berdaya tahan, diikuti perbelanjaan isi rumah yang kekal positif susulan pasaran pekerjaan yang menggalakkan pada sektor berorentasikan dalam negeri.