Artikel

B40, M40 Dan Peniaga Makanan – Jadi Antara Penerima Minyak Masak Bersubsidi Mulai 2024

Bermula tahun 2024 disasarkan, program minyak masak bersubsidi akan diperkenalkan buat golongan berpendapatan rendah (B40), sederhana (M40) dan peniaga kecil mikro seperti peniaga makanan pisang goreng, karipap – yang menjual di pasar malam mahupun menjaja di tepi jalan.

Melalui aturan ini, ia sekaligus membantu negara mengagihkan bantuan keperluan rakyat secara terus kepada golongan yang layak menerimanya. Setakat ini agenda di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini disasarkan dapat direalisasikan pada tahun hadapan susulan pentadbiran kini dalam langkah mengumpul data pelbagai pihak termasuklah masih memberi ruang kepada peniaga mikro untuk berdaftar bagi membolehkan pengumpulan data penerima subsidi bersasar ini dapat diraih dengan lengkap.

Untuk peringkat awal, pelan tersebut akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka akan memberi manfaat tidak hanya merancakkan aliran perbelanjaan ekonomi tetapi turut membantu pengurangan kos kepada golongan pendapatan yang terpilih.