Berikutan telah menamatkan kerjasama dengan pembekal katering Brahim’s Food Services pada minggu lalu, Malaysia Airlines Berhad kini dilaporkan dalam usaha aktif mencari rakan pembekal baharu untuk menyokong perkhidmatan penerbangan mereka.
Dalam usaha tersebut, mengikut makluman MAB kini memberi pilihan sementara kepada para penumpang dengan membenarkan mereka membawa makanan sendiri di laluan penerbangan terpilih. Bagaimanapun kebenaran itu berdasarkan laporan TMI tertakluk kepada peratusan cecair, aerosol dan gel (LAGs).
Ia bermakna tidak boleh lebihi 100ml sepertimana yang ditetapkan pada peraturan penumpang antarabangsa yang berada di transit lapangan Malaysia. Selain itu, makanan dipanaskan kendiri serta tidak halal juga tidak dibenarkan di bawa masuk.
Notis ini dimaklumkan telah beri dalam bentuk emel kepada pemegang tiket penerbangan MAB.