Artikel

Kerajaan Teliti Perluas Peranan Jabatan Audit Negara – Pelihara Pengurusan Wang Awam

Untuk memastikan isu ketirisan dana dapat dipulihkan secara berperingkat, skop tugasan Jabatan Audit Negara (JAN) kelak dijangka akan diperluaskan – tidak hanya merangkumi konteks pengauditan semata.

Langkah itu bagaimanapun menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, merangkap Menteri Kewangan Malaysia (MOF) pada sesi bersama JAN – agenda itu masih diperingkat semakan dan menegaskan aturan itu berupaya membantu negara memulihkan semula prestasi institusi pentadbiran Malaysia.

Menerusi usaha itu ia dilihat selari dengan matlamat JAN sepertmana yang diumumkan pada akhir Jun lalu, yang ingin melaras semula sistem pengauditan negara, bagi memacu pengurusan wang awam.

Tindakan ini sekaligus akan membantu negara menambahbaik persepsi rakyat terhadap kepakaran, kecekapan serta keterbukaan institusi kerajaan dalam membelanjakan peruntukan wang yang telah diamanahkan. Dan sewajarnya setiap perbelanjaan yang dilaksana memiliki pulangan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia bukan alami ketirisan yang besar.