Artikel

KWSP : Ahli Berusia 100 Tahun Ke Atas Digesa Tuntut, Keluarkan Simpanan – Sebelum 31 Disember 2023

KWSP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kini dalam usaha menghubungi ahli pencarum yang berusia 100 tahun dan ke atas – iaitu kumpulan yang masih belum mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka. 

Tidak hanya ahli, waris kepada pencarum juga turut boleh laksana tindakan sedemikian dengan membuat semakan baki simpanan yang masih belum dikeluarkan dalam akaun KWSP dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor ahli KWSP berkaitan. 

Sekiranya ahli atau waris tidak mengemukakan sebarang permohonan berhubung pengeluaran baki simpanan yang belum dituntut sehingga 31 Disember 2023 ini – maka baki simpanan tersebut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akuntan Negara Malaysia (BWTD)

Ini bermakna setelah tempoh itu, ahli pencarum dan waris perlu laksana permohonan tuntutan kepada BWTD. 

Bagi menangani isu itu, ahli dan waris boleh merujuk pautan Semak Maklumat Simpanan Tak Dituntut KWSP ini untuk mengetahui jumlah baki simpanan dan langkah permohonan pengeluaran seterusnya.