Artikel

CIMB Untung RM3.42 Bilion – Operasi Melonjak 26.2% Bagi Separuh Pertama 2023

Setelah meraih prestasi yang baik pada 3 bulan pertama 2023 lalu dengan nilai untung bersih berjumlah RM1.64 bilion – kini CIMB terus mengekalkan status tersebut dengan meraih untung RM3.42 bilion, di mana berlakunya lonjakan pada prestasi 6 bulan pertama 2023 ini sekitar 26.2%. 

Menurut CIMB, pencapaian ini didorng hasil pertumbuhan pendapatan operasi yang membrangsangkan diikuti pengawalan kos yang lebih ketat serta pertumbuhan perniagaan yang kukuh direkodkan pada pasaran Indonesia dan Singapura. 

Sebagai perincian, berbanding suku kedua tahun lalu – pendapatan operasi CIMB telah bertambah baik sebanyak 9.2%, ini turut disokong oleh pertumbuhan pinjaman yang lebih kukuh. 

Di mana jumlah pinjaman kasar dan pertumbuhan deposit berterusan mningkat, masing-masing mencatatkan peningkatan 8.3% dan 9.5% bagi rekod tahun ke tahun, merentas pasaran utama dan segmen perniagaan.