Artikel

Capital A Untung RM1.12 Bilion – Prestasi Melonjak Bagi 6 Bulan Pertama 2023

Capital A ternyata kekal konsisten dalam memenuhi matlamat operasinya untuk mencapai pertumbuhan yang lebih baik pada tahun ini – apabila berjaya meraih lonjakan keuntungan bersih kepada RM1.12 bilion bagi suku kedua 2023.

Selain keuntungan bersih, pendapatan operasi turut meningkat lebih sekali ganda kepada RM3.15 bilion berbanding catatan RM1.47 bilion pada tempoh yang sama tahun 2022.

Prestasi yang positif pada suku kedua ini sekaligus membawa kepada peningkatan yang lebih baiik pada persembahan untuk 6 bulan pertama 2023. Di mana keuntungan bersih bagi 6 bulan ini Capital A berjaya merekodkan untung RM1.18 bilion. Sementara pendapatan 6 bulan pula meningkat kepada RM5.68 bilion berbanding RM2.28 bilion.

Usaha ini didorong melalui tindakan operasi mengumpulkan 4 syarikat penerbangannya di bawah Asia Aviation Public Company Limited (AAV) melibatkan AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia dan AirAsia Filipina. Aturan itu secara langsung membantu Capital A dapat menyeragamkan penawaran perkhidmatan penerbangan kepada para pengguna.

Setakat ini, pihaknya menyasarkan pengaktifan 200 pesawat mampu dilaksanakan pada akhir 2023 ini untuk memperkasakan lagi pemulihan perkhidmatan ke atas permintaan pengguna. Dan turut diakui pengekalan tambang 20% lebih tinggi berbanding pra COVID-19 masih dilaksanakan ke atas pengguna dan tiada pertimbangan untuk kenaikan tersebut.