Artikel

PayNet, Alipay+ Bolehkan Pelancong Malaysia – Urus Bayaran Rentas Sempadan Guna Aplikasi Perbankan, Dompet Digital

PayNet, Payments Network Malaysia saat ini terus meluakskan jejak perkhidmatan mereka dengan bertindak laksana kerjasama penerimaan pembayaran rentas sempadan bersama Ant Group – pengendali disebalik Alipay+.

Kesepakatan yang dicapai minggu ini akan membolehkan pengguna terima pakai rangkaian pedagang Alipay+ di seluruh dunia menerusi aplikasi perbankan dan dompet digital yang disokong PayNet.

Ini sekaligus turut membenarkan lebih ramai pengembara Asia ke Malaysia nikmati pembayaran digital yang lancar di lebih 1.8 juta rakan niaga di Malaysia.

Selain Alipay+, terdapat 5 dompet digital di Asia juga turut terlibat pada usaha ini antaranya AlipayHK (Hong Kong), GCash (Filipina), Kakao Pay (Korea Selatan) dan TrueMoney (Thailand) pada beberapa bulan mendatang.