Artikel

2.3 Juta Penduduk Dicatatkan Di Petaling – Jadi Bilangan Penduduk Tertinggi Pada 2023

Seiring dengan peningkatan anggaran jumlah penduduk di Malaysia sekitar 33.4 juta pada tahun ini, didapati daerah Petaling di Selangor tampil selaku lokasi yang miliki lonjakan kepadatan dengan jumlah 2.3 juta orang penduduk. 

Angka itu sekaligus menjadikan daerah tersebut sebagai bilangan penduduk tertinggi Malaysia untuk tahun 2023 ini. 

Data di bawah Anggaran Penduduk Semasa Daerah Pentadbiran 2023 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini memperlihatkan jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding daerah lain. Di mana daerah kedua yang mencatatkan bilangan penduduk tertinggi ialah Johor Bahru (1.8 juta penduduk), diikuti Ulu Langat, Selangor (1.5 juta penduduk). 

Mengikut perincian, Daerah Petaling miliki kepadatan penduduk tertinggi dengan 4,783 individu bagi setiap kilometer persegi, disusuli Timur Laut, Pulau Pinang  (4,710 individu) dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (1,845 individu). 

Tinjauan juga turut memperincikan terdapat 8 daerah di negara kini dikategorikan sebagai daerah menua dengan memiliki lebih 7% penduduk berusia 65 tahun dan ke atas dicatatkan pada tahun ini. Ia melibatkan daerah ;

  • Johor Bahru, Johor 
  • Kota Bharu, Kelantan
  • Kuala Krai, Kelantan
  • Seberang Perai Utara, Penang
  • Barat Daya, Penang
  • Kota Kinabalu, Sabah
  • Miri, Sarawak
  • Ulu Selangor, Selangor

Sementara daerah Lunok Antu, Sarawak tampil selaku kawasan miliki jumlah penduduk tua tertinggi dengan 14.4%, diikuti Sri Aman 12.8% dan Song 11.9%.

Berbalik kepada jumlah bilangan penduduk daerah pentadbiran ini, jumlah penduduk di Petaling secara langsung menjadikan ia lebihi daripada jumlah penduduk di beberapa negeri seperti Kedah (2.19 juta), Kelantan (1.86 juta), Pahang (1.64 juta) dan Negeri Sembilan (1.22 juta).