Artikel

Kerajaan Cadang Kurangkan AP, Import Permit – Sasar Tingkatkan Kuasa Beli Rakyat

Malaysia menerusi Kementerian Ekonomi kini sedang membangunkan kertas dasar untuk mengkaji mengurangkan permit diluluskan (AP) dan import permit (IP). Dimaklumkan kertas dasar tersebut tidak lama lagi akan dikemukakan dan dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Oktober kelak.

Langkah ini adalah tindak-balas negara susulan telah mencapai paras inflasi 2.0% yang membrangsangkan pada Julai lalu, yang menjadikan ia rekod inflasi terendah pada tahun ini.

Adanya kertas dasar ini, ia bertujuan untuk mengurangkan serta mengehadkan AP dan IP, sekaligus dapat menurunkan harga barangan khususnya melibatkan harga barangan import.

Tidak hanya itu, langkah ini akan membantu rakyat meningkatkan kuasa beli mereka dalam aliran perbelanjaan negara dan mengurangkan tekanan inflasi yang didepani mereka pada pasaran semasa.

Selain dapat menampung tekanan dalam faktor sedemikian, usaha ini turut dapat meluaskan ruang buat sektor ekonomi negara perbaharui dan perbaiki peraturan anti-monopoli dan dapat membuka peluang persaingan yang lebih saksama. Situasi ini akan membantu pelarasan harga barangan lebih berpatutan dapat dilakukan berikutan daya saing yang lebih baik dapat diterapkan kelak.