Artikel

DOSM : 73.4% Firma Jangka Kekalkan Jumlah Pekerja – Yakin Prestasi Perniagaan Semakin Memulih

Petunjuk keyakinan dalam kalangan peniaga pada arena perniagaan di Malaysia ketika ini dilihat semakin rancak, apabila meningkat 0.7% bagi suku ketiga 2023. Tahap keyakinan secara langsung menunjukkan lonjakan berbanding suku kedua sekitar -3.1%.

Buat pengetahuan umum data di bawah Statistik Kecenderungan Perniagaan DOSM ini meliputi jangkaan prestasi perniagaan di negara dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan mendatang. Maka melalui kenaikan tahap keyakinan ini, ia secara langsung mencerminkan aliran ekonomi semakin bertambah baik.

Sebagai perincian, sektor Perkhidmatan dan Industri terus memaparkan peningkatan dengan prestasi petunjuk keyakinan dalam perkhidmatan meningkat 6.1%, diikuti sektor industri bertambah baik 1.3%.

Sebaliknya sektor Pembinaan pula memaparkan jangkaan keadaan perniagan yang menyusut susulan petunjuk keyakinan menurun -26.9%, diikuti sektor Perdagangan Borong & Runcit-1.5%.

Manakala dari aspek keyakinan pekerjaan pula – majoriti firma (73.4%) menyatakan jangkaan bahawa pihaknya akan kekalkan jumlah pekerja untuk suku ketiga 2023 ini. Hanya 17.6% sahaja akan laksana pertambahan pekerja, diikuti 9.0% pula berhasrat untuk kurangkan jumlah pekerja bagi mengimbangi kos operasi semasa.

Secara menyeluruh untuk jangkaan 6 bulan kedua 2023 ini sehingga Disember kelak – para peniaga kekal optimis meramalkan keadaan perniaga kekal bertambah baik diseimbangkan dengan imbang bersih sekitar +13.9%.