Malaysia dalam usaha meningkatkan aliran ekonomi negara, kini berhasrat untuk berada dalam kalangan 20 negara utama ekosistem startup global menjelang 2030. Maka untuk mencapai matlamat sedemikian kerajaan akan laksana insiatif ‘single window’ untuk selaras dan menyusun semula peranan melibatkan kerjasama antara agensi dan penggiat dalam ekosistem startup tempatan.
Tindakan ini menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas sidang Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Ke-4 Negara – secara langsung akan perkukuhkan ekosistem startup dan meningkatkan penyertaan serta prestasi startup tempatan. Aturan itu turut akan membantu negara menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat startup dan digital di pasaran serantau.
Inisiatif sedemikian turut akan merealisasikan matlamat negara untuk mewujudkan 5,000 startup berstatus unikon menjelang tahun 2025 ini. Buat pengetahuan umum, setakat ini terdapat 14 agensi yang terlibat dalam ekosistem melibatkan segmen pembiayaan, pemasaran, kepakaran dan pembangunan produk.