Artikel

ERL Buka Semula Akses Khidmat Daftar Masuk, Bagasi Di KL Sentral – Mulai 1 Sept

Bermula 1 September kelak, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bersedia untuk membuka semula kemudahan daftar masuk dan penurunan bagasi penerbangan pengguna di stesen KL Sentral

Menerusi pembukaan semula akses ini, para pelancong boleh laksana secara terus proses mendaftar masuk (check-in), menerima pas penerbangan mereka dan meletakkan bagasi penerbangan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu berlepas penerbangan

Sebagai fasa permulaan, kemudahan ini akan tersedia buat penumpang penerbangan Malaysia Airlines dan kemudiannya akan dilanjutkan kepada penyedia penerbangan yang lain. 

Menurut Malaysia Aviation Group penyambungan semula perkhidmatan daftar masuk ERL ini secara terus membolehkan penumpang menaiki tren terus ke lapangan terbang tanpa sebarang masalah. Dan pengaturan masa yang lebih fleksibel dapat memberi penjimatan kepada para penumpang. 

Setakat ini difahamkan operasi tersebut akan dibuka pada jam 6 pagi sehingga 10 malam dan sempena pembukaan semula perkhidmatan ini, ERL menawarkan potongan RM10 untuk pembelian tiket seterusnya KLIA Ekspres. Penebusan itu boleh dilaksana sehingga 31 Disember kelak.