Artikel

Orpheus, SOLV – Kini Bolehkan PKS Luar Bandar Raih Penyelesaian Pembiayaan Patuh Syariah

Bagi memperkasakan akses pembiayaan kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, terutamanya pada kumpulan di kawasan bandar kecil dan luar bandar – Orpheus Capital bersama SOLV kini melaksanakan kerjasama, menawarkan penyelesaian pembiayaan patuh syariah buat kumpulan PKS Malaysia.

Menerusi usaha strategik ini, ia akan membolehkan PKS menguruskan aliran tunai dan pembelian dana mereka dengan lebih cekap bersama pihak pengilang dan pengedar melalui proses platform secara atas talian. Adanya manfaat perkhidmatan digital SOLV ini, kumpulan PKS negara boleh tangani cabaran kecairan dan aliran pembiayaan dengan lebih mudah.

Kedua pihak kekal optimis, menyasarkan melalui perkongsian ini ia akan memacu proses pembiayaan antara PKS dan pembekal besar dalam arena sektor ekonomi negara. Khususnya buat kumpulan PKS yang tidak diberi perhatian dalam perkhidmatan.

Tindakan ini turut akan memberi manfaat kepada warga PKS membina profil kredit yang lebih baik dan membuka peluang mereka meneroka kerjasama yang lebih luas dalam segmen teknologi kewangan.