Artikel

CTOS Ambil-Alih Firma Skor Kredit Di Indonesia, Filipina – Pada Nilai Lebih RM29 Juta

CTOS Digital, penyedia pelaporan kredit di negara kini memaklumkan telah memperoleh 100% kepentingan FinScore – iaitu firma pemarkahan kredit telekomunikasi yang berpangkalan di Filipina dan turut meraih 80% kepentingan bagi firmanya daripada PT Prime Analytics Indonesia. 

Pemerolehan ini difahamkan membabitkan jumlah urus niaga bernilai $5.8 juta (RM27.22 juta) dan $500,000 (RM2.2 juta) pada kedua firma tersebut. 

Buat pengetahuan umum, Finscore ialah syarikat pemarkahan kredit yang menyampaikan data alternatif seperti pemarkahan kredit data telekomunikasi kepada penduduk yang tidak mempunyai perbankan atau tidak aktif  bank di Filipina.

Menerusi langkah ambil-alih ini, ia secara langsung menjadikan CTOS peneraju utama dalam segmen pelaporan kredit bersama sokongan data aliternatif menggunakan telefon mudah alih, tingkah laku pembayaran dan jejak digital pengguna. Ini akan membantu CTOS lebih memahami profil sisiko kredit dalam kalangan peminjam. 

Tidak hanya itu, ia secara langsung meluaskan lagi jejak perkhidmatan CTOS di pasaran kredit kewangan di rantau ASEAN.