Kos barang di peringkat pengeluar yang diukur berlandaskan Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) ini telah menunjukkan penurunan yang berterusan selama 7 bulan pertama tahun 2023. Di mana sepanjang pretasi itu, kos di peringkat pengeluar telah menurun kepada -2.5%, disokong penurunan pada Julai berlaku sekitar -2.3%.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menjelaskan penurunan itu berlaku dicetuskan penyusutan yang dicatatkan dalam indeks Pertanian, Perhutanan dan Perikanan sebanyak -21.8%, diikuti Perlombongan sebanyak -9.2%.
Sementara secara bulanan pula, untuk Julai – penurunan kos pengeluar itu didorong oleh penurunan sektor perlombongan sebanyak -10.8% disebabkan penguncupan indeks pengektrakan petroleum mentah sebanyak 14.8%, diikuti sektor pembuatan turun -2.1%.
Untuk makluman pembaca, IHPR adalah pengukuran purata perubahan harga yang dikenakan pengeluar barangan dalam sesebuah industri. Ini bermakan harga pengiraan di bawah UHPR hanya merujuk kepada harga yang diterima pengeluar pada peringkat pertama pengkomersialan.
Ia tidak termasuk cukai tidak langsung seperti cukai eksas, cukai jualan dan cukai perkhidmatan serta caj pengangkutan yang dikenakan secara berasingan oleh pengeluar. Maka situasi ini secara langsung menjelaskan masih terdapat kekangan penurunan harga ke atas pengguna dapat direalisasikan di pasaran.